Akademi Fantasia Musim 4 telah diadakan pada tahun
2006. Ujibakat diadakan di seluruh bandar-bandar utama di seluruh
Malaysia dan juri-juri memilih 20 daripada mereka yang paling terserlah dan sesuai untuk diambil sebagai calon pelajar Akademi Fantasia. Pada
20 Mei 2006,
Tirai Akademi Fantasia memaparkan 'kejutan' kepada peserta yang mereka telah terpilih untuk menjadi calon pelajar. Mereka disaringkan sekali lagi buat kali terakhir sebelum pemilihan muktamad ketika
Konsert Prelud Akademi Fantasia pada
28 Mei 2006. Berbeza dengan tahun
2005, konsert prelude kali ini memperlihatkan juri hanya memilih sepuluh orang pelajar manakala 2 orang lagi dipilih oleh penonton melalui undian. Setelah terpilih, mereka dibawa masuk ke dalam Akademi dan memulakan pelajaran secara rasmi pada
29 Mei 2006. Konsert mingguan diadakan di Dewan Sivik MBPJ dan konsert akhir iaitu pada minggu ke-10 diadakan di
Stadium Putra Bukit Jalil. Setelah 3 musim menyaksikan tiada penyingkiran pada minggu pertama, musim kali ini memperlihatkan pelajar pertama yang tersingkir dalam konsert minggu pertama. Juara musim keempat kali ini dimenangi oleh
Mohammad Faizal Ramly yang berusia 23 tahun dan berasal dari
Marang,
Terengganu. Kemenangan beliau sekaligus mengekalkan takhta juara yang dimenangi oleh kaum lelaki selama empat musim berturut-turut.